Panduan Mudah Promosi Produk Affiliate.


Visited 6019 times, 3 so far today

Assalamua’laikum & Salam Sejahtera.

Segalanya bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama untuk promosi produk Affiliate adalah squeeze page. Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page tersebut ?Kali ini NS titipkan tips sempoi untuk promosikan Squeeze Page anda.

DIREKTORI PENGIKLANAN PERCUMA

Mintak tolong dengan Pak Cik Google.Anda Buka google dan buat carian ‘iklan percuma.’ Di sana terdapat banyak laman web yang menyediakan pengiklanan secara percuma. Pelawat yang melawat laman web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan Online.Perniagaan yang sekufu dengan anda.Mudahkan!

Kebanyakkan mereka mempunyai niat dan barangkali tujuan yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada produk yang berbentuk perniagaan, anda digalakkan untuk meletakkan laman web anda di sini.Keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun lain.Jika tiada abaikan.

Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini. Pelbagaikan headline anda. Katakan anda melakukan promosi produk kecantikkan, anda boleh menulis headline berikut.

Cara mudah untuk kelihatan JELITA.

Sebulan muka anda Putih bersinar.

Pasti Jelita dengan (nama produk anda)

Kalau kulit anda bermasalah, KLIK sini untuk mengatasinya..

*Kalau ayat di atas kurang Power anda boleh Ciptakan sendiri(Mintak tolong dengan Pak Cik Google..hehe)

Anda boleh bayangkan mungkin ramai desperados yang melakukan carian di search engine menggunakan kata kunci di atas. Jika ada, anda memang bertuah.

BLOGGING

Anda boleh mula menulis di blog mengenai topik yang anda ingin promosikan atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan comment pada artikel mereka. Bergantung kepada kerajinan anda. Jika anda rajin untuk menulis, silakan. Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.Pilihan di tangan anda.

PEMASARAN FORUM

Kenapa saya selalu ulang perkataan ini(FORUM)?Kerana, di forum anda boleh promosi produk Affiliate anda melalui siggy atau di bahagian pengiklanan. Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia adalah proses jangka panjang.Memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi, janganlah membuat musuh apabila berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.Bina Kredibiliti dan Networking dahulu.

Awas!! Jangan lakukan SPAM. Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.Silap haribulan anda akan DIBANNED!

Cara membina kredibiliti di forum.

Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca orang yang mereka hormat menulis. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti anda untuk mengeluarkan pendapat.

Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-

  • Sentiasa jujur dalam ulasan.
  • Bertanggung jawab ketika memberi komen.
  • Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
  • Sentiasa memberi kritikan yang membina.
  • Kongsikan Pengalaman(Personal Touch)

INSTANT MESSAGE(MESEJ SEGERA)

Instant message seperti Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika melakukan promosi. Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page mereka di bahagian status. Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika anda mempunyai senarai rakan yang ramai.

Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM. Katakan anda pakar dalam pengaturcaraan,pembangunan Laman Web, anda boleh membuat kursus secara percuma melalui Instant Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh dapat hasil yang memberansangkan.

LAMAN WEB SOSIAL

Laman web seperti facebook, myspace,Twitter dan friendster memang mempunyai trafik yang tinggi. Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page. Minta rakan-rakan anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.Dan tolong jangan TAG kan rakan-rakan yang anda tidak kenali kerana itu tidak beretika.TAG kan kepada orang yang anda kenali.Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan memberi kelebihan kepada anda. Jika anda promosi produk kuruskan badan mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.

IKLANKAN PADA LAMAN WEB YANG MEMPUNYAI TRAFIK YANG TINGGI.

Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads, google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.

Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi seperti portal berita. Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa ranking di alexa.com atau boleh tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik yang di terima laman webnya.Potensi untuk Produk anda terjual adalah sangat-sangat tinggi.

Share
You can leave a response, or trackback from your own site.

Facebook comments:

2 Responses to “Panduan Mudah Promosi Produk Affiliate.”

  1. amirazros says:

    Salam Tuan Nizam,

    Saya baru saja nak join program Affiliate nie. Masih banyak yang perlu saya belajar. Terima kasih dengan informasi yang Tuan berikan ini. Ianya sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman saya. Dah boleh take action nie :)

    • nizamsaad says:

      Tahniah!Anda bermula dgn langkah yg betul dgn tindakan yang betul.Belajar sedikit dan terus praktikkan.Mudah-mudahan berjaya nanti.

Leave a Reply

*

Fatal error: Call to undefined function get_sidebars() in /home/nizamsaa/public_html/wp-content/themes/iGadgets/single.php on line 53